design

Tuesday, 4 June 2013

Kelebihan Solat Sunat Dhuha



Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera…
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher.

Cara Mendidik Anak Soleh & Solehah



  • Kiriman Al-Fatihah
    • Apabila teringatkan anak, bacalah Al-Fatihah. Hajatkan perkara yang baik ketika " iyakanakbudu waiyakanastain ".
  • Bercakap dengan anak ketika anak tidur
    • Pandang wajah anak dan bercakaplah. Doakan perkara baik agar rohnya mendengar.
  • Solat hajat
    • Solat hajat di bilik anak. Supaya sentiasa dekat dengan anak
  • Minta dikasihani
  • Peluk anak selalu
  • Sentiasa memaafkan anak
  • Jaga tutur kata - kerana setiap kata adalah doa
  • Doa untuk anak
    • Baca ayat 40 Surah Ibrahim supaya keturunan tetap mengerjakan solat
  • Sentiasa mengingatkan anak agar menjadi anak soleh
  • Niat yang baik untuk anak
    • Niatkan begini semasa membasuh beras
      • Allah lembutkan hati anak ..... untuk faham agamanya sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi "
    • basuh beras lawan jam sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW


    Read more: http://my-adam.blogspot.com/2013/01/10-tips-mendidik-anak-soleh-dan-solehah.html#ixzz2VDQmtFqp

    Kelebihan Solat Berjemaah

    KELEBIHAN SOLAT JEMAAH

    Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidahseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.

    Monday, 3 June 2013

    Mari Mengenal 25 Nabi & Rasul




    1. Orang yang pertama menulis Bismillah :  Nabi Sulaiman AS.
    2..Orang yang pertama minum air zamzam :  Nabi Ismail AS.

    3..Orang yang pertama berkhatan :   Nabi Ibrahim AS.
    4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :  Nabi Ibrahim AS.
    5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :  Nabi Adam AS.
    6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
    7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :   Nabi Muhammad SAW
    8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :  Abu Bakar AsSiddiq RA
    9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:  Umar bin Al-Khattab RA
    10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:  Al-Hasan bin Ali RA
    11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:  Thuwaibah RA
    12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA
    13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA
    14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
    15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA
    16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

    17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA
    18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA
    19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al- Awwam RA
    20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA
    21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA
    22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie RH
    23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA
    24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA
    25… Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH
    26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA
    27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA
    28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH
    29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA
    30. … Orang yang pertama masuk Syurga :  Nabi Muhamamad SAW
    Wahai, sahabat maya..baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah… semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah